EOS Workshop Kota Bharu

PDFPrintE-mail

Tags: Bengkel | Canon | Nature | Potrait

Kota Bharu - 26 Mac 2010. Pihak Canon Malaysia (Caw. Pantai Timur) telah mengadakan bengkel Canon EOS Mencari Sudut (Composition) bertempat di Dynasti Inn Kota Bharu. Aku bertolak dari Kuala Terengganu jam 6.00am dan sampai ke destinasi dengan agak lewat, jam 9.30am yang mana sepatutnya bermula jam 9.00am disebabkan tersalah masuk jalan menghala ke stadium bola yang kebetulannya ada Jom Heboh! TV3, apa lagi, "sitting duck" kat situ dah 40min.

Bengkel terbahagi kepada 2 sesi di mana sebelah pagi memahami teori komposisi dan di sebelah petang adalah praktikal fotografi. Kelakar jugak la sesi sebelah petang kerana 3 kumpulan yang telah diberikan tugasan mengikut jenis komposi berlainan tetapi peserta mengambil kesempatan untuk mengambil foto komposisi jenis lain.

Selepas selesai foto diambil, acara mengkritik foto pula mengambil tempat untuk foto-foto yang menepati tema komposisi yang telah ditugaskan. Foto terbaik dari peserta telah diundi oleh juri awam (peserta) dan telah dihadiahkan oleh Canon dengan 4GB Canon IXUS (aku sangkakan compact camera asalnya) USB Thumbdrive. Bengkel tamat jam 5.30pm dengan penuh gembira kerana dapat mengenali rakan-rakan otai yang sama-sama menyamar menjadi peserta amatur dengan gear Canon 1DS, 5D Mark I, II, & 7D masing-masing. Tak terkecuali photog2 yang bawak Nikon D90, D300s & 3Ds.

Aku ni kategori hobi suka-suka sahaja. Nak cari kawan bukan cari lawan. Lagipun, bila dh habis waktu kerja dan weekend ni lah nak lepak2 dengan geng-geng yang sehobi dengan kita kan..

Comments (0)
LAST_UPDATED2  

About Me

There are two purposes of the existence of this blog. First and foremost is to experiment with this blogging tool if I might say so using latest Joomla!
Secondly, to share something within family members and friends about something in common. Especially those who growing up together during these years Cool