Musim Bermain Wau



Written by Shukri
Thursday, 25 February 2010 10:45
Tags: Musim Menuai | Nature | Wau
Bulan Januari - April adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh warga Pantai Timur untuk meluangkan masa bermain wau. Kebiasannya kami bermain wau selepas sahaja musim menuai padi kerana faktor angin yang bertiup sederhana yang agak tetap, sawah padi yang lapang dan cuaca yang panas.
Ada pelbagai jenis wau dari yang sekecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Bergantung kepada kreativiti, pelbagai bentuk wau direka mengikut kemahiran dan kepakaran pembuatnya. Aku ada jugak merekabentuk "Wau Rama-Rama" yang agak besar tapi belum dijelmakan lagi sebab susah jugak aku nak cari buluh ni. Orang Terengganu gemar menggunakan "Buluh Berang" kerana ianya keras, kuat dan mempunyai keanjalan dan tidak mudah patah apabila dilenturkan serta buku ruas yang agak panjang dengan purata 1 kaki hingga 1 kaki 1/2.
Kalau aku sempat siapkannya, aku akan paparkan di blog ni nanti.
P/S: Wau Burung Helang Mini yang dibuat sendiri oleh budak darjah 3. Anak sepupu aku. Tu aku belum tunjuk yang si abang punya, lagi besar. Tingkatan 1.
LAST_UPDATED2