Written by Shukri Wednesday, 09 December 2009 15:15

5 Dec 2009, Sabtu - Aku dengan adik perempuan aku ke PCFair @ KLCC. Ni dah menjadi aktiviti tahunan wajib aku, cuma adik aku last minute nak ikut sekali, nasib baik tiket ada lagi. Kami bertolak dari K. Terengganu dengan flight AirAsia jam 8.20am dan tiba ke KLCC tepat jam 11am, dah berpusu-pusu pengunjung masuk. Aku dah awal-awal pesan kat adik aku bahawa aku nak ke gerai 521 (HWM-Hardware Magazine Malaysia) untuk renew majalah aku sambil nak rebut hadiahnya. So, bekejarlah kami ke tingkat bawah dari tingkat 3 (Entrance). Jarak 3km la lebih kurangnya. Sempat jugak aku ambik hadiah untuk pelanggan yang awal tiba, dapat speaker brand Edifier dengan harga runcit sekitar RM180, dapat free sebat je lah. Berat jugak, 4kg - penat bawak dengan bersesak-sesak.
Kemudian, kami bermula semula dari tingkat 3, pintu masuk utama untuk menjamu mata dan nafsu menilik, mencuba dan memborong gadget dan barang-barang ICT yang kami dah senaraikan. Adik aku beria-ria nak beli projektor LCD NEC sebab harganya cuma RM1,699 dan percuma pulak 6 kaki skrin projektor-wall mounted.Tapi nak bawak balik macam mana, balik pun dengan flight jugak, sah-sah memang tak dapat punya.
Hampir 4 jam kami kat PCFair tu, kami berangkat pula ke Low Yatt Plaza beli barang yang aku dah order awal-awal. Punya la lenguh kaki bawak barang-barang yang besar dan berat. Nyesal tak bawak foldable-troley awal-awal. Setelah puas sakan shopping kat Low Yatt, jam 5pm terus rushing ke KL Sentral sebab nk check-in return flight jam 8pm. Ngam-ngam sampai KLIA jam 7.15pm. Flight pukul 8pm dan sampai KT jam 8.50pm, sampai rumah jam jam 10.30pm. Satu hari yang agak memenatkan.
Puas hati jugak aku shopping tahun ni. Next year kena budget lebih lagi. Tapi kena bawak MPV la pulak, banyak barang nak shopping dan nak bawak balik. Huhuhu...






![]() | Hari Ning | 22 |
![]() | Kemareng | 100 |
![]() | Minggu Ni | 714 |
![]() | Bulang Ni | 22 |
![]() | Sumernya | 31069 |
An amateur with distinct perspective
Wacky & Funny Fellow
Simply Superb & Amazing shots
Sham Khaleefa Superb Landscape
Dato' Prof. Dr. Jamaludin Photostream
Superb Macro Shots
