Daniel Bermain Air Laut Kali Pertama



Written by Shukri
Saturday, 04 October 2008 00:00
Tags: Daniel Pergi Piknik | main air laut | pantai Chendering
Pantai Chendering di Kuala Terengganu antara destinasi terkenal untuk keluarga berpiknik. Pantai yang selamat untuk mandi-manda dan antara yang kekal kebersihannya. Pantainya yang landai dan pasir yang putih bersih menggamit kenangan sewaktu kecil. Pantai yang sama keluargaku selalu berkunjung dan berkelah semenjak aku berumur beberapa bulan lagi. Pantai yang sama aku belajar berenang buat pertama kali ketika berumur 1 tahun dengan bantuan ayahnda. Percaya atau tidak, terbatuk-batuk kerana tertelan air laut setiap kali pukulan ombak yang tiba. Balik terus demam
Kini tradisi yang sama kuturunkan kepada Daniel agar ketika usianya mencecah 1 tahun nanti, dia dapat memulakan latihan berenang di pantai yang sama.
LAST_UPDATED2