Borak-borak Ngan Pak Jaafar Taib

PDFPrintE-mail

Tags: Gila-Gila | Pak Jaafar Taib

 
Khamis lepas, 19 Feb 2009, aku bersama Mike Chew Pengarah Animasi Creative Enterprise dan Syakir Jaafar, anak Pak Jaafar Taib bertandang ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya bagi satu final interview untuk Geran RM 1 juta untuk projek AniMag (Animation Magazine) yang boleh diklasifikasikan yang pertama seumpanya di Asia. Sesi kami agak kelakar sebab ahli panel yang sembilan orang tu memang dah kenal dengan nama CESB, syarikat yang mengeluarkan majalah Gila-Gila Humor Nasional. Dan ianya dipengerusikan oleh Pengarah Kandungan & Multimedia MCMC yang kami dah kenal termasuk sebahagian panel yang lain dari sektor Telekomunikasi, Astro, MDEC, Media Prima dan lain-lain. Mengikut feedback panel MCMC, kitaorg yang terbest dan unik dari yang lain-lain yang mintak Geran daripada mereka.
 
Selepas sesi temuduga, kami balik ke Bangsar Shopping Complex @ Chili's Restaurant bertemu dengan Pak Jaafar untuk makan tengahari. Dengarnya, dia begitu excited sebab banyak good news dia dapat. So petang tu macam-macam la kami sembang. Malam tu 12 tengah malam aku dengan team kitaorang yang dah seminggu dengan CESB jumpa Pak Jaafar lagi sebab aku nak sangat tengok latest masterpice dia. Fulamak, memang berbaloi la dapat tengok koleksi terkininya. Koleksi untuk novel  terbarunya yang akan diterbitkandan dilancarkan secara rasmi pada Pesta Buku Kebangsaan 2009 @ PWTC. Aku dah booking awal-awal dengan Pak Jaafar, 2 naskah buku special edition...terhad 500 salinan jer. Pukul 4 pagi, kami mintak izin nak berundur sebab mata dah tak tahan. Lagipun aku ada meeting dengan Team Hewlett Packard Malaysia petang nanti. Ini berkaitan untuk negotiate dengan mereka untuk perolehan 3D & CGI Rendering Server Farm terkini syarikat kami la nanti. Mintak geran lagi nampaknya, maklumlah berjuta jugak benda tu nak beli nanti tuh.
 
Anyway, aku tak boleh nak cerita dengan lanjut di ruangan blog ini kerana ianya diklasifikasikan sebagai sulit. Anyway, cerita yang sama akan diterbitkan dalam bentuk animasi yang akan memakan belanja berjuta ringgit malah akan mengatasi kualiti cerita dan animasi Walt Disney. Ada banyak snapshot yang aku ambik tapi tidak dapat disiarkan kerana faktor yang sedia maklum. Lepas perasmian boleh la aku tunjuk koleksi original nanti karya Pak Jaafar. So, keep visiting for latest update.
Comments (0)
LAST_UPDATED2  

About Me

There are two purposes of the existence of this blog. First and foremost is to experiment with this blogging tool if I might say so using latest Joomla!
Secondly, to share something within family members and friends about something in common. Especially those who growing up together during these years Cool