Written by Shukri Saturday, 07 May 2011 22:11

Kemaman - Mesra Mall. Pada 4-5 Mei 2011 lepas telah berlangsung bengkel Blog di Mesra Mall. Ianya adalah merupakan program CSR anjuran TM Terengganu dan telah dirasmikan oleh En. Kaswadi Harun, Pengurus Perhubungan Awam TM Terengganu. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini terbuka kepada semua sekolah-sekolah dan agensi kerajaan termasuk NGOs di sekitar Kemaman. Program ini juga membabitkan Mesra Mall dan SmartMinds sebagai Rakan Penganjur. Dan aku sebagai "Lead Trainer" di bawah SmartMinds dengan bantuan kakitangan SmartMinds.

Bengkel ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada para peserta mempelajari cara membuat blog dan para peserta kemudian akan berpeluang menyertai pertandingan blogging dan bakal memenangi hadiah yang disediakan pihak TM. Pertandingan akan berlangsung selama 7 hari bermula 7 May hingga 12 May 2011 di Mesra Mall.

Visi utama bengkel ini diadakan adalah sebagai satu aspirasi TM yang ingin mendedahkan para peserta dengan teknologi "Social Network" di mana ianya menjadi satu wadah perkongsian maklumat, pengalaman, ilmu dan pandangan yang boleh memberi manfaat bersama dengan nilai-nilai etika yang tinggi. Bengkel ini mendapat sambutan yang amat memuaskan dan hampir disertai seramai 300 orang dan telah berlangsung sebanyak 6 sesi di mana setiap sesi hampir 2 jam setengah selama 2 hari. Mengikut perancangan TM, program ini akan dilanjutkan si seluruh zon Pantai Timur tidak lama lagi.








![]() | Hari Ning | 74 |
![]() | Kemareng | 129 |
![]() | Minggu Ni | 894 |
![]() | Bulang Ni | 2439 |
![]() | Sumernya | 100033 |
An amateur with distinct perspective
Wacky & Funny Fellow
Simply Superb & Amazing shots
Sham Khaleefa Superb Landscape
Dato' Prof. Dr. Jamaludin Photostream
Superb Macro Shots
