Written by Shukri Tuesday, 23 November 2010 18:51

(Foto kurang jelas sebab aku zoom 16x guna compact Canon G7)
Kemaman, 23 Nov 2010. Pagi tadi aku mengambil kesempatan untuk menghadirkan diri bagi mendengar syarahan yang disampaikan oleh mantan PM Malaysia kita, YAB. Tun Dr. Mahathir di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman. Dianggarkan lebih daripada seribu tetamu yang hadir bagi untuk mendengar syarahannya. Tapi aku tahu, ramai yang hadir sebab tak pernah jumpa beliau dengan dekat. Macam aku, kerap juga aku jumpa dan biasanya secara tidak sengaja. Terutama ketika di Putrajaya (solat Jumaat), di pusat beli-belah (dia memang suka window shopping agaknya) dengan pakaian kasual, kemeja lengan pendek dan jeans so sempat jugak la menegur salam dengan beliau.

Kembali kepada syarahan beliau yang bertajuk "Cabaran Umat Islam Masa Kini" mengupas isu-isu sedunia dan di Malaysia umumnya perihal kelemahan umat Islam mempertahankan diri, agama dan maruah dari diperkotak-katikkan, diperlekehkan, dihina, dibunuh dan ditindas tanpa belas akibat daripada sikap umat Islam itu sendiri yang tidak menuruti ajaran Islam yang sebenar.
Bahkan beliau lebih kecewa kerana adanya segolongan manusia yang seagama sendiri yang sanggup membunuh, mengkhianati agama, bangsa dan negara sendiri kerana mengejar sesuatu untuk kepentingan diri-sendiri (aku bukan berkempen ni...cuma ekstrak syarahan beliau sahaja).
Bagaimanapun, apa yang aku nak kongsikan di sini ialah kekaguman aku pada beliau sebagai Negarawan, pemikir moden yang berani mengutarakan pandangan, melontarkan hujah-hujah yang kemas, menemplak pihak lawan atau musuh dengan penuh berani. Jarang ada pemimpin dunia yang setanding dengannya terutama dari negara Islam yang mempertahankan maruah agama di pentas dunia.
Apa-apapun, eloklah anda sendiri cuba mengenali beliau bagi mana-mana sifatnya yang baik dan patut dicontohi bersama. Seperti kata beliau, yang baik dari Allah, yang buruk datangnya dari manusia sendiri.
Selepas syarahan sepatutnya aku membuat liputan fotografi syarikat kerana beliau membuat sidang akhbar di syarikat tempat aku bekerja, tapi apakan daya, tidak dapat berbuat demikian kerana kereta aku dihalang keluar. So, memang kena sembur la aku balik pejabat nanti sebab kurang seorang jurufoto. Really sorry bos-bos.







![]() | Hari Ning | 73 |
![]() | Kemareng | 129 |
![]() | Minggu Ni | 893 |
![]() | Bulang Ni | 2438 |
![]() | Sumernya | 100031 |
An amateur with distinct perspective
Wacky & Funny Fellow
Simply Superb & Amazing shots
Sham Khaleefa Superb Landscape
Dato' Prof. Dr. Jamaludin Photostream
Superb Macro Shots
