Cerita Dulu-Dulu

Gecko Madness

PDFPrintE-mail

Written by Shukri Saturday, 09 October 2010 08:36

Tags: Close-up | makro mode | Nature

Akhir-akhir ini, aku dapati ramai orang bercakap pasal binatang ni. Apa ke benda ni? Ini ialah sejenis spesis cicak yang dipanggil Gecko atau orang tempatan (Terengganu) memanggilnya "Pokkey Angguk" (Pronounce Pok Key as Tokey is). Di sebelah Kelantan biasanya aku dengar disebut "Pokko". Binatang ini hampir serupa dengan "Iguana" cuma sedikit kelainan di kepalanya.  Ciri-ciri lain hampir sama iaitu berupaya untuk menukar warna mengikut persekitaran sebagai penyamaran (camouflage). Binatang ini memang banyak berkeliaran di persekitaran kampung-kampung yang masih kekal dengan suasana kampung seperti di tepi sawah bendang, pendalaman, kawasan felda dan berdekatan dengan bukit.

Waktu aku kecik-kecik biasanya aku tangkap untuk dijadikan mainan harian. Biasanya aku tangkap menggunakan perangkap tali jerut. Dah dapat tangkap aku ikat dengan tali nilon  kat leher dia pulak. Buat macam orang bela anjing la lebih kurang. Tu la aktiviti lepas sekolah, masa tu aku sekolah rendah darjah 1-3, memang setiap hari free lepas habis kelas. Lagipun waktu tu aku bukannya reti dan faham pasal term "penderaan".

Bercerita pasal "Madness Gecko" sekarang pula. Jiran aku memang ada membekal haiwan ini untuk mereka yang berminat sebagai peliharaan / hobi. Kos belian seekor bergantung kepada saiz adalah antara RM200-RM300 seekor dari pemburu. Dan jualan seekor pula antara RM2 ribu - RM3 ribu bergantung kepada pembeli tempatan atau luar negara (termasuk jiran Singapura). Purata jiran aku jual seminggu ialah antara 40-50 ekor. So do the math! Itulah antara kerja dia sepenuh masa sekarang.

Dan di kampung-kampung terutama warga felda, dah menjadi satu aktiviti sampingan yang agak penting untuk memburu gecko sebagai punca pendapatan sampingan. Lagi lumayan dari menjual sawit mahupun getah.

Comments (0)
LAST_UPDATED2  

About Me

There are two main purposes of the existence of this blog. First and foremost is to create an awareness about solid investment in GOLD that not many Malaysian especially Malays have or acquire a knowledge about it. Once you know, the more you want to know. Hence, more wealth you can create and protect for you and your family. GOLD is the only real wealth!
Secondly, to share something within family members and friends about something in common. Especially those who growing up together during these years Cool