|
Explorace Redah Jer! 2010 |
|
|
|
|
Written by Shukri
|
|
Sunday, 31 January 2010 16:54 |
|
Tags: Explorace | Nature | Redah Jer! 
29 Jan 2020 - Kemaman. Aktiviti Explorace Redah Jer! 2010 telah berlangsung bermula dari Kemaman, Terengganu dan berakhir di Kuala Rompin, Rompin Pahang dengan pelbagai gelagat, aksi, debaran, kelucuan dan kepenatan. Terbahagi kepada 2 fasa yang meliputi fasa mennyelesaikan "clue" untuk destinasi seterusnya sehinggalah aktiviti mencabar ketahanan emosi, minda, dan fizikal. Penyertaan terbanyak dengan 90 buah kenderaan dengan 4 peserta 4 setiap kereta (kumpulan) dan hampir 400 orang termasuk krew. Sebagai jurufoto & "Marshall", berkejar aku ke sana & ke mari untuk membuat liputan dan memberi bantuan. Acara yang bermula awal pagi 7.30am sehingga 6.00pm. Amat teruja sekali. Koleksi foto akan disediakan di Galeri nanti.
|
|
Last Updated ( Sunday, 31 January 2010 17:07 )
|
|
|
Written by Shukri
|
|
Wednesday, 09 December 2009 15:15 |
|
Tags: PC Fair III 2009 
5 Dec 2009, Sabtu - Aku dengan adik perempuan aku ke PCFair @ KLCC. Ni dah menjadi aktiviti tahunan wajib aku, cuma adik aku last minute nak ikut sekali, nasib baik tiket ada lagi. Kami bertolak dari K. Terengganu dengan flight AirAsia jam 8.20am dan tiba ke KLCC tepat jam 11am, dah berpusu-pusu pengunjung masuk. Aku dah awal-awal pesan kat adik aku bahawa aku nak ke gerai 521 (HWM-Hardware Magazine Malaysia) untuk renew majalah aku sambil nak rebut hadiahnya. So, bekejarlah kami ke tingkat bawah dari tingkat 3 (Entrance). Jarak 3km la lebih kurangnya. Sempat jugak aku ambik hadiah untuk pelanggan yang awal tiba, dapat speaker brand Edifier dengan harga runcit sekitar RM180, dapat free sebat je lah. Berat jugak, 4kg - penat bawak dengan bersesak-sesak. Kemudian, kami bermula semula dari tingkat 3, pintu masuk utama untuk menjamu mata dan nafsu menilik, mencuba dan memborong gadget dan barang-barang ICT yang kami dah senaraikan. Adik aku beria-ria nak beli projektor LCD NEC sebab harganya cuma RM1,699 dan percuma pulak 6 kaki skrin projektor-wall mounted.Tapi nak bawak balik macam mana, balik pun dengan flight jugak, sah-sah memang tak dapat punya. Hampir 4 jam kami kat PCFair tu, kami berangkat pula ke Low Yatt Plaza beli barang yang aku dah order awal-awal. Punya la lenguh kaki bawak barang-barang yang besar dan berat. Nyesal tak bawak foldable-troley awal-awal. Setelah puas sakan shopping kat Low Yatt, jam 5pm terus rushing ke KL Sentral sebab nk check-in return flight jam 8pm. Ngam-ngam sampai KLIA jam 7.15pm. Flight pukul 8pm dan sampai KT jam 8.50pm, sampai rumah jam jam 10.30pm. Satu hari yang agak memenatkan. Puas hati jugak aku shopping tahun ni. Next year kena budget lebih lagi. Tapi kena bawak MPV la pulak, banyak barang nak shopping dan nak bawak balik. Huhuhu...
|
|
Last Updated ( Wednesday, 09 December 2009 15:47 )
|
|
Hero Malaya vs Budak Kampung |
|
|
|
|
Written by Shukri
|
|
Saturday, 14 November 2009 14:45 |
|

Bulan lepas Hero Malaya ada berkunjung ke pejabat atas urusan rasmi di Kuala Terengganu. Beliau sedang mencari rakan strategik untuk produksi animasi beliau, Castello dan lain-lain. Kesempatan itu juga beliau sempat berkongsi pengalaman beliau sebagai pelakon & penerbit yang berjaya kepada peserta-peserta latihan Animasi di pusat tempat aku bekerja. Tapi aku bukan sebahagian kakitangan animasi, sekadar membantu mana-mana yang berkaitan terutama berkaitan teknikal. Klik untuk cerita lanjut [Readmore..]
|
|
Last Updated ( Saturday, 14 November 2009 14:58 )
|
|
Read more...
|
|
Written by Shukri
|
|
Tuesday, 13 October 2009 14:42 |
|
Tags: Adik Daniel | Anak ke-2 | Close-up | daniel | Potrait | Ryan | wedding 
Foto kandid Adlan & Daniel dalam buaian masing-masing semasa kami sibuk melayan tetamu sempena perkahwinan adik kami pada 02 Oktober 2009 baru-baru ni. Gaya tidur masing-masing pelbagai. Mereka tidur pun agak lama, keletihan yang teramat rasanya. Aku pulak sibuk melayan tetamu dan sebagai jurukakar dan Wedding Photographer tak berbayar hari tu.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 13 October 2009 14:50 )
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 11 |